Rabu, 30 Jun 2010

BERITA PERSIDANGAN CUEPACS


Seramai 121 perwakilan hadir ke Persidangan Perwakilan Cuepacs Bahagian yang diadakan di Hotel Excelsior , Ipoh.

Majlis di mulakan dengan Jamuan Makan Hari Pekerja dengan kehadiran YB Dato Ramli Zahari EXCO Kerajaan Negeri , Presiden CUEPACS Pusat Hj Omar dan beberapa Pegawai Kanan CUEPACS Pusat.

Sdr Abdul Jalil berjaya mempertahankan jawatan Pengerusi Cuepacs manakala Sdr Zainal Ismail (LAP) menang tanpa bertanding Naib Pengerusi Cuepacs. Sdri Rodiana pula memenangi jawatan Setiausaha Cuepacs . Bagi Penolong Setiausaha, Cikgu Azli dan bagi jawatan Bendahari, Sdr Nadzlan berjaya mempertahankan jawatan. Cikgu T.Kuna kekal sebagai Pegawai Pendidikan Cuepacs dengan menang tanpa bertanding.











Selasa, 29 Jun 2010

TAHNIAH BARISAN KEPIMPINAN BARU CUEPACS PERAK


Tahniah kepada Pengerusi Cuepacs Perak Sdr Abdul Jalil b Hj Yang , Naib Pengerusi Sdr Zainal b Ismail, Sdri Rodiana Ridzuan , Cikgu Azli , Sdr Nadzlan Nadri, Cikgu T.Kuna berjaya dan diamanahkan oleh perwakilan dalam pemilihan Cuepacs Bahagian Perak hari ini.

Apa yang diharapkan barisan kepimpinan ini dapat "membuka minda" setiap ahli-ahli kesatuan gabungan untuk terus bersatu dan bekerjasama dalam meneruskan misi CUEPACS Bahagian Perak.

Tahniah kepada semua...

Khamis, 24 Jun 2010

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TEMPAT PERSIDANGAN PERWAKILAN CUEPACS PERAK

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAHAGIAN PERAK

Blok A, Bahagian Pasca Import, Wisma Kastam,

No 1, Jalan Kinta Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh.

Tel: 05-5274322 / 05-5273667 samb. 1511(Pej)

H/P: 017-5876353

Rujukan.Kami.Bil(120) dlm.CUEPACS(PK)2007-2010

Semua Pengerusi / Setiausaha

Kesatuan Gabungan CUEPACS

Semua Jawatankuasa CUEPACS Bahagian Perak

Saudara / Saudari,

PERTUKARAN LOKASI PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI-TAHUNAN KE 11 DAN MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA KAKITANGAN SEKTOR AWAM NEGERI PERAK TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya notis mesyuarat daripada CUEPACS Perak bertarikh 04 JUN 2010, adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara tersebut, dimaklumkan bahawa lokasi Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan dan Majlis Makan Malam yang sepatutnya diadakan di Hotel Sri Malaysia telah ditukar seperti berikut.

TARIKH: 28 JUN 2010 ( Majlis Makan Malam ) Jam: 8.00 Malam

29 JUN 2010 ( Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan) Jam: 9.00 Pagi

TEMPAT: Hotel Excelsior , Ipoh

3. Oleh itu, saudara/saudari adalah dijemput untuk membawa bersama tiga(3) orang pemerhati untuk menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2010 tersebut.

Penginapan untuk perwakilan disediakan oleh pihak urusetia.

4. Untuk sebarang pertanyaan, saudara/saudari boleh membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi Sdr Abdul Jalil b Hj Yang di talian 017-5878353 atau Sdr Jaafar b Mat Saman di talian 019-5945344 pada atau sebelum 27 JUN 2010.

5. Kerjasama pihak Kesatuan Gabungan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian terima kasih.

INTERGRITI KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA

“CUEPACS KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

ABDUL JALIL B HJ YANG

PENGERUSI CUEPACS BAHAGIAN PERAK

UCAPAN SU AGUNG CUEPACS"SEMINAR KEPIMPINAN" .



Setiausaha Agung Cuepacs Pusat memberi ucapan sebelum Majlis Perasmian"Seminar Kepimpinan" Anjuran Cuepacs Bahagian Perak.
Seminar tersebut telah diadakan pada 19-20/06/2010 di Chelat Air Panas, Pengkalan Hulu.


Rabu, 23 Jun 2010

CUEPACS MOHON BONUS 2 BULAN GAJI

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh CUEPACS kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

"Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, hari ini.

Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen CUEPACS yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.
"Ramai anggota CUEPACS bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.
- BERNAMA

Isnin, 21 Jun 2010

KESATUAN GABUNGAN YANG HADIR

KSKM PERAK


KESATUAN TUKANG MASAK


NUTP


MNU


MTSU


KPPKPSM


KESATRIA


KEKAM


KEKAF


ANULAE


KBJM


KAPTEN

SEMINAR KEPIMPINAN CUEPACS BAHAGIAN PERAK

Seminar Kepimpinan CUEPACS Bahagian Perak


CUEPACS Bahagian Perak telah mengadakan satu Seminar Kepimpinan di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu pada 19-20 JUN 2010. Semninar ini dikendalikan Biro Pendidikan CUEPACS Bahagian Perak dibawah kepimpinan Cikgu T. Kuna bersama Ahli Jawatankuasa beliau. Seminar ini dihadiri daripada peserta-peserta Kesatuan dibawah naungan CUEPACS Bahagian Perak, seramai 50 peserta mewakili 13 Ahli Gabungan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Hasbullah b Osman ADUN Temengor merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada hari pertama, para peserta di sajikan dengan slot "SEJARAH dan PERJUANGAN CUEPACS" yang disampaikan oleh Setiausaha Agung CUEPACS Pusat Sdr Ahmad Shah.

Pada sebelah petang, En Ahmad Sukri b Ali Pengarah JHEKS Perak , telah memberi penerangan tentang Akta Kesatuan Sekerja;Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Utama Kesatuan.



YB Dato' Hj Hasbullah b Osman



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Abdul Wahab, seterusnya ucapan daripada Cikgu T.Kuna selaku Ketua Biro Pendidikan .

Dalam ucapan Pengerusi CUEPACS, beliau amat berterima kasih kepada Biro Pendidikan serta AJK kerana telah berjaya mengadakan seminar kepimpinan ini serta atas kerjasama semua pihak, ahli-ahli daripada Kesatuan Gabungan dan CUEPACS Pusat.

Kesatuan adalah nadi kepada pembangunan sebuah negara, cuba bayangkan sekiranya penjawat Awam mengadakan mogok, sudah pasti negara akan lumpuh.

CUEPACS Bahagian Perak merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' atas kesudian menyumbang sebanyak RM 5000.00 kepada CUEPACS Bahagian Perak.



Ucapan Pengerusi CUEPACS Bahagian Perak, Sdr Abdul Jalil b Hj Yang.