Sabtu, 30 November 2013

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA

    Sukacita dimaklumkan bahawa CUEPACS Bahagian Perak dan Kesatuan Pembantu-pembantu Tadbir akan mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat perdana bagi memberkati dan memohon keredhaan Allah dalam kita memperjuangkan up-gred jawatan Pembantu Tadbir . Sehubungan itu tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri majlis pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh    :  4 Disember  2013 ( Rabu )
Tempat  :  Masjid Sultan Idris Shah II, Jln Panglima Bukit Gantang ,
                      Ipoh, Perak.
Masa       :  10.00 pagi

Bacaan dipimpin :  YBSS Tan Sri Dr Hj Harussani Zakaria ( Mufti Perak )

Diharap kesemua pembantu tadbir di negeri Perak dapat meluangkan masa bagi menjayakan majlis ini .



Khamis, 21 November 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS TAKLIMAT PEKELILING PERKHIDMATAN TAHUN 2013 OLEH JPA

KEPADA 

SEMUA KESATUAN GABUNGAN CUEPACS BAHAGIAN PERAK 

Berhubung perkara tersebut , dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan Taklimat Pekeliling perkhidmatan tahun 2013 pada 22 november 2013 ( Jumaat ) bermula jam 8.30 am hingga 12.30 pm bertempat di Casuarina @Meru Hotel, Bandar Meru Raya , Ipoh , Perak .

Sehubungan itu , setiap wakil Gabungan CUEPACS Bahagian Perak adalah diminta untuk menghantar wakil untuk menghadiri taklimat tersebut .

kerjasama kesatuan gabungan dalam pekara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi ..

Jumaat, 1 November 2013

PERHIMPUNAN PEMBANTU-PEMBANTU TADBIR

Sukacita dimaklumkan bahawa CUEPACS Bahagian Perak dengan kerjasama Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan kerani dan Bersekutu Kerajaan( AUEGCAS )akan mengadakan progrem Perhimpunan Pembantu-Pembantu Tadbir bersama Y, Bhg. Presiden CUEPACS yang akan berlangsung pada :

Tarikh :   8 November 2013 ( Jumaat )
Masa :     2.30 Petang
Tempat :  Dewan Serbaguna , Aras 3, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak .

Sehubungan dengan itu SEMUA PEMBANTU -PEMBANTU TADBIR DI JABATAN -JABATAN NEGERI , PERSEKUTUAN , KEMENTERIAN,  PIHAK BERKUASA TEMPATAN , BADAN BERKANUN DAN AJENSI-AJENSI  dijemput hadir ke perhimpunan ini bagi mendapatkan status terkini penambahbaikkan skim perkhidmatan perkeranian .