Isnin, 21 Mac 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN

CUEPACS Bahagian Perak telah pun menerima satu mandat yang besar daripada CUEPACS Kebangsaan untuk menjadikan Perak sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2011.

Sehubungan itu,CUEPACS Perak akan mula menjalankan persiapan dan pembentukan jawatankuasa bertindak bagi melaksanakan program tersebut pada awal bulan MAC 2011 hingga MEI 2011.

Oleh itu,Pengerusi CUEPACS Perak memohon jasa baik semua Pengerusi Kesatuan Gabungan dapat memberi kerjasama dan sokongan ke atas CUEPACS Perak dalam menjayakan Sambutan Hari Pekerja 2011.

Program sambutan bermula 29 APRIL 2011, Forum Perdana di Masjid Negeri jam 9.00 malam. Manakala pada 30 APRIL 2011 sukan aspek wanita yang akan bermula jam 8.00 pagi di Komplek Sukan Negeri, pada sebelah malam pula Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Perak dan dijangka YAB Menteri Besar Perak turut hadir.

Pada 01 MEI 2011, sambutan hari pekerja akan diadakan di Dewan Bandaran bermula jam 9.00 pagi.