Rabu, 4 Mei 2011
PERBINCANGAN ALTERNATIF PTK
Bagi CUEPACS di ketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden, Sdra Azih Muda Tim. Presiden I, Sdri Lok Yim Peng Setiausaha Agung, Sdra Adnan Mat Tim. Setiausaha Agung I, Sdra Abdul Rahman Mohd Nordin Tim. Setiausaha Agung III, Sdra Ja'afar Mansor Setiausaha Kewangan, Sdra Mohd Razali Singah Tim. Setiausaha Kewangan dan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS.
Pembentangan dimulakan oleh Timbalam Presiden Cuepacs. dan kemudian pihak JPA. perbincangan masih lagi belu ada kata putus kerana CUEPACS dan JPA akan mencari keputusan yang terbaik.
Selasa, 3 Mei 2011
GAJI PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA MEMUASKAN?
Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan kuasa beli berkurang bagi pendapatan setiap isi rumah.
Namun, gaji yang diterima oleh penjawat awam di Malaysia pada masa kini dilihat masih berada di tahap memuaskan dengan pendapatan per kapita sebanyak RM25,000 hingga RM30,000 setahun berbanding negara maju RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata, walaupun begitu kerajaan harus melakukan sesuatu dari sekarang agar pendapatan perkapita rakyat Malaysia setanding negara maju lain menjelang tahun 2020.
“Bagi Gred 41 ke atas, saya boleh kata gaji mereka memuaskan tapi bagi penjawat awam gred tertentu yang gajinya Rm3,000 ke bawah, mungkin akan jadi beban jika penyelarasan gaji tak dibuat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Dua tahun kebelakangan ini kita lihat banyak harga barang yang naik. Penjawat awam yang bergaji rendah memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM500 untuk tanggung kos kenaikan ini,” katanya kepada Mingguan mStar.
Omar yang ditemuramah sempena Hari Pekerja 2011 berkata penyelarasan gaji penjawat awam perlu, seiring Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang menuntut penjawat awam melakukan perubahan positif dari segi cara kerja dan pemikiran.
Menjelang 2020, penjawat awam yang mantap dari peringkat atasan, pertengahan dan bawahan diperlukan untuk mengemudi sistem pentadbiran kerajaan yang tentunya lebih maju dan mencabar berbanding sekarang,
Menurut Omar, kali terakhir gaji penyelarasan gaji kakitangan awam dibuat pada 1 Julai 2007 dengan kenaikan sebanyak 35 peratus untuk penjawat awam Gred 1 hingga 16, 25 peratus untuk Gred 27 hingga 40, 15 peratus untuk Gred 41 hingga 54 dan 7.5 peratus bagi gred seterusnya.
“Pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) Mac lalu, kita ada bincangkan tentang isu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita minta kerajaan buat semakan gaji setiap lima tahun sekali dan berharap akan ada perubahan gaji dalam masa terdekat,” katanya.
Bagi merealisasikan kehendak kerajaan Omar mengakui penjawat awam perlu dipersiapkan dengan pemikiran bijaksana, kreativiti dan lebih inovatif dari sekarang.
Dalam pada itu, beliau kurang bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menyatakan penjawat awam seolah-olah tidak bersyukur walaupun menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan.
“Kita menghargai apa yang kerajaan beri. Apa yang kita minta adalah patut dan sesuai dengan peredaran semasa.
“Walaupun sudah dua tahun tak dapat bonus, semua penjawat awam masih setia berkhidmat dengan kerajaan dan produktiviti juga meningkat,” beliau memberi contoh.
Isnin, 2 Mei 2011
KERAJAAN HARUS KAJI KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM-SEMPENA HARI PEKERJA 2011
Presiden Cuepacs berkata dua cadangan, adalah meminta kerajaan pertimbangkan kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) daripada RM 180 kepada RM 350 sebulan.
Bantuan Sara Hidup(COLA) diselaraskan kepada RM 300 untuk semua kakitangan.
Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan JPA dalam masa terdekat.
Bagi pelarasan gred perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan segera.
Selasa, 26 April 2011
SILA AMBIL PERHATIAN
Program Sambutan Hari Pekerja 2011
28 APRIL 2011 Khamis
Pendaftaran para peserta dari seluruh negara
Tempat: Dewan Bulan Sabit Merah, Jalan Stadium
Masa: 10.00 pagi- 10.00 malam
29 APRIL 2011 Jumaat
Program Lawatan- Ke Kuala Kangsar / Daerah Kinta
Masa: 9.00 pagi
Tempat berkumpul : Dewan Bulan Sabit Merah, Jalan Stadium
(yang berminat maklumkan nama pada hari pendaftaran atau hubungi)
29 APRIL 2011 Jumaat
Seminar serta sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin Cuepacs Pusat
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Bulan Sabit Merah, Jalan Stadium
( semua kakitangan awam dijemput hadir / surat pelepasan akan diberikan kepada yang berminat: hubungi Sdr Abdul Wahab 016-5643266)
29 APRIL 2011 Jumaat
Ceramah Perdana
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Sultan Idris Shah II
Penyertaan: terbuka
30 APRIL 2011
Acara Sukan:
Senamrobik
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Padang Ragbi MBI
Penyertaan : Terbuka
Acara Sukan:
Bola sepak
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Padang Ragbi MBI ( berhampiran StadiumPerak)
Acara Sukan:
Bola Tampar
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Gelanggang Bola Tampar, Balai Bomba, Jalan Stadium
( berhampiran Stadium Perak)
Acara Sukan:
Bowling
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ampang Super Bowl, Ipoh Parade
Sebarang maklumat bagi acara sukan sila hubungi:
En. Kulwan Singh 012-5013042
Acara:
Gubahan dan Anyaman
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Padang Ragbi MBI
Sebarang maklumat bagi acara gubahan dan anyaman sila hubungi :
Cik Nor Najma 017-5928295
30 APRIL 2011 Sabtu
Jamuan Makan Malam bersama Y.A.B Menteri Besar Perak
Masa: 7.30 malam
Tempat: Di Kediaman Y.A.B Menteri Besar Perak
Penyertaan: Terbuka
01 MEI 2011 Ahad
Majlis Sambutan Hari Pekerja 2011
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh
Penyertaan: terbuka
SENARAI PEGAWAI PENYELARAS NEGERI-NEGERI
Perak: Megat Othman ( 013-5101501)
Perlis: Haji Jamaluddin
Kedah: Zharuddin (019-57777558)
Pulau Pinang: Abd Rahim ( 019-5064351)
Selangor: Yusuf@Harun ( 013-5817473)
W.P: Adanan ( 012-5142124)
N. Sembilan: Pn Hasimah ( 017-5229306)
Melaka: Zakaria ( 012-5657627)
Johor / Sabah/ Sarawak: Rohaizat ( 017-5402166)
Pahang: Mohd Ali ( 016-5553662)
Terengganu: Pn Nor Anita ( 019-3607998)
Kelantan: Pn Surai bt Hassan ( 012-2064849)




