Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 
DARI KAMI 
CUEPACS BAHAGIAN PERAK

Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

           SELAMAT HARI RAYA  AIDILFITRI



                PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA 
           CUEPACS BAHAGIAN PERAK MENGUCAPKAN 
                      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
                             MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumaat, 27 April 2012

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2012 ( PAHANG )

Sambutan hari pekerja 2012, CUEPACS Bahagian Perak akan menyertai Sambutan Hari Pekerja pada 1hb Mei 2012 yang akan diadakan di Stadium Gambang,Pahang. Seramai 80 orang jawatan kuasa dan wakil-wakil dari setiap ahli gabungan kesatuan akan menyertai sambutan tersebut.
Aturcara Sambutan hari pekerja 2012 di Kuantan ,Pahang.
29/4/2012 
9.30mlm -Berkumpul di Pejabat Kastam Negeri Perak. 10.30mlm -Bertolak ke Kuantan , Pahang diiringi dengan bacaan doa selamat
30/4/2012 
7.00pg -Tiba di Bandar Kuantan, Pahang, 8.00pg -'Check in' di tempat penginapan. 8.30pg -Pendaftaran dan perasmian Seminar di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang 12.30tgh -Makan tengahari dan solat 2.00ptg -Forum dan penutupan serta penyampaian sijil 5.00ptg -Balik ke tempat penginapan 7.30mlm -bertolak ke Jamuan Makan Malam Perdana Hari Pekerja di Kediaman Menteri Besar Negeri Pahang . ( Pakaian Batik )
1/5/2012  
7.00pg -Bertolak ke Stadium Gambang, Pahang untuk Sambutan Hari Pekerja 1hb Mei 2012 12.00tgh -Jamuan makan tengahari oleh Kerajaan Negeri Pahang 2.00ptg -'Check out'tempat menginap 3.00ptg -Lawatan ke sekitar Bandaraya Kuantan, Pahang. (Berangkat pulang ke Ipoh, Perak )

Isnin, 12 Disember 2011

TAKLIMAT DAN PENERANGAN TENTANG SBPA OLEH TUAN PRESIDEN CUEPACS MALAYSIA DATO' HJ. OMAR BIN OSMAN




TARIKH : 13.12.2011
HARI : SELASA
JAM : 2.30 PETANG
TEMPAT : BANGUNAN DEWAN BANDARAYA IPOH ( BERHAMPIRAN IPOH PARADE )

PERKARA ; Isu-isu semasa SBPA.


Dijemput semua Penjawat Awam hadir.

Selasa, 1 November 2011

SPBA

SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
26/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.