Rabu, 28 April 2010

SELAMAT HARI PEKERJA 2010





CUEPACS BAHAGIAN NEGERI PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2010 YANG AKAN DIADAKAN PADA 1 MEI 2010 DI KUALA TERENGGANU.DARIPADA SELURUH WARGA KERJA CUEPACS NEGERI PERAK.

Cuepacs Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kastam Negeri Kelantan kerana membantu menyediakan Bas Ganti semasa Bas Kastam Negeri Perak rosak dalam perjalanan pulang ke Ipoh di Bukit Bunga, Jeli , Kelantan. Jasamu dikenang.


"KEBAJIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG"






SUBRAMANIAM menyampaikan Anugerah Kesatuan Cemerlang kepada Sarawak Medical Service Union yang diwakili Cecilia Yong Mee Chai (kiri) Euqene Pang Kia Heng (dua dari kanan) sambil diperhatikan Omar (kanan) pada majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam anjuran Cuepacs di Stadium Negeri Kuala Terengganu, semalam.Kesatuan minta ubah Kumpulan Sokongan kepada Pelaksana

KUALA TERENGGANU: Cuepacs akan memastikan 1.3 juta kakitangan awam mengubah pendekatan dan cara bekerja bagi memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu pekerja di negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara.
Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sedang bergerak ke arah itu dengan sasaran melihat setiap kakitangan awam memahami tuntutan kerja yang bukan lagi berasas arahan tetapi perlu kreatif, berinovasi dan produktif.
"Kita menyokong saranan Perdana Menteri supaya pekerja lebih kreatif serta berinovasi yang boleh membawa kepada peningkatan mutu kerja dan ekonomi negara apabila produktiviti meningkat. "Seluruh kakitangan awam bergerak ke arah itu dengan membuat anjakan paradigma untuk menjadi pekerja berinovasi, kreatif dan produktif yang selaras harapan Najib," katanya selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010 anjuran Cuepacs, di sini semalam. Sambutan bertemakan Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr Alias Isma. Katanya, sejajar dengan hasrat pemimpin negara, Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menukar status kakitangan awam Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 kepada nama baru dikenali Kumpulan Pelaksana. Beliau berkata, nama Kumpulan Sokongan tidak sesuai lagi kerana apa saja arahan yang dikeluarkan pihak atasan akan dilaksanakan oleh kakitangan gred berkenaan. Semalam, Najib dalam amanat Hari Pekerja 2010 menggesa pekerja negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara. Katanya, dengan menginovasikan produk proses merangkumi semua sektor ekonomi, negara dan rakyat mampu meningkatkan kekayaan serta daya saing pada peringkat dunia serta mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Finland. Sementara itu, Cuepacs mendedahkan ada ketua jabatan sektor awam yang baru, mula memperlekehkan kesatuan itu serta pemimpinnya, termasuk menyifatkan Cuepacs seperti pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Presidennya, Omar Osman yang kecewa dengan sikap ketua jabatan berpandangan sedemikian, berkata mereka sepatutnya sedar kejayaan sesebuah jabatan amat bergantung kepada tugas kakitangannya dan perjuangan Cuepacs untuk menjadikan sektor awam berwibawa dan dihormati. Katanya, apa saja yang diperjuangkan Cuepacs seperti tuntutan kenaikan gaji, kemudahan perubatan dan elaun juga adalah untuk kakitangan awam, bukan berbentuk menekan kerajaan. "Kita tahu (siapa mereka) dan apabila kita nak bincang isu berbangkit, mereka hanya hantar wakil... buang masa saja. Malah, ada ketua jabatan menyifatkan perjuangan Cuepacs adalah haram seperti badan tidak berdaftar. Kita sedang siasat dan jika benar akan mengambil tindakan sewajarnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan