Isnin, 21 Jun 2010

SEMINAR KEPIMPINAN CUEPACS BAHAGIAN PERAK

Seminar Kepimpinan CUEPACS Bahagian Perak


CUEPACS Bahagian Perak telah mengadakan satu Seminar Kepimpinan di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu pada 19-20 JUN 2010. Semninar ini dikendalikan Biro Pendidikan CUEPACS Bahagian Perak dibawah kepimpinan Cikgu T. Kuna bersama Ahli Jawatankuasa beliau. Seminar ini dihadiri daripada peserta-peserta Kesatuan dibawah naungan CUEPACS Bahagian Perak, seramai 50 peserta mewakili 13 Ahli Gabungan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Hasbullah b Osman ADUN Temengor merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada hari pertama, para peserta di sajikan dengan slot "SEJARAH dan PERJUANGAN CUEPACS" yang disampaikan oleh Setiausaha Agung CUEPACS Pusat Sdr Ahmad Shah.

Pada sebelah petang, En Ahmad Sukri b Ali Pengarah JHEKS Perak , telah memberi penerangan tentang Akta Kesatuan Sekerja;Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Utama Kesatuan.



YB Dato' Hj Hasbullah b Osman



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Abdul Wahab, seterusnya ucapan daripada Cikgu T.Kuna selaku Ketua Biro Pendidikan .

Dalam ucapan Pengerusi CUEPACS, beliau amat berterima kasih kepada Biro Pendidikan serta AJK kerana telah berjaya mengadakan seminar kepimpinan ini serta atas kerjasama semua pihak, ahli-ahli daripada Kesatuan Gabungan dan CUEPACS Pusat.

Kesatuan adalah nadi kepada pembangunan sebuah negara, cuba bayangkan sekiranya penjawat Awam mengadakan mogok, sudah pasti negara akan lumpuh.

CUEPACS Bahagian Perak merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' atas kesudian menyumbang sebanyak RM 5000.00 kepada CUEPACS Bahagian Perak.



Ucapan Pengerusi CUEPACS Bahagian Perak, Sdr Abdul Jalil b Hj Yang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan