Khamis, 30 Januari 2014

Percepat kenaikan gred

IPOH 29 Jan. - Kerajaan digesa mempercepatkan kenaikan gred kira-kira 200,000 pembantu tadbir di seluruh negara yang didakwa tidak disemak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) lebih 40 tahun lalu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, golongan pembantu tadbir kini ternanti-nanti akan pelaksanaan skim tersebut setelah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan persetujuan kerajaan untuk mengkaji semula 100 lagi skim perkhidmatan pada November tahun lalu.
"Kita tidak mahu perkara ini menyebabkan rasa ketidakpuasan hati yang berterusan. Mereka berasa kecewa, sebab itu CUEPACS minta perkara ini dipercepat sebelum Jun tahun ini. Tidak perlu tunggu sehingga pengumuman Bajet akan datang.
"Hari ini pun kita dapat meredakan rasa kesal mereka untuk berhimpun di setiap negeri serta di Kuala Lumpur. Kita harap perhimpunan besar-besaran ini tidak berlaku dan mengesyorkan mereka supaya menyerahkan perkara ini kepada CUEPACS untuk berunding dengan kerajaan," katanya sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani (AUEGCAS), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azih berkata, CUEPACS turut mencadangkan agar semua semakan semula skim perkhidmatan awam dijalankan secara serentak, justeru tiada lagi isu berbangkit seumpama itu selepas ini.
Malah, katanya, kerajaan harus memberikan pertimbangan khusus dalam hal tersebut kerana semakan skim itu tidak menyebabkan banyak implikasi kewangan.
"Kalau boleh biarlah tiada lagi gelaran pembantu tadbir di Gred 17. Berilah nama baharu yang lebih bersesuaian selari dengan program transformasi negara seperti pegawai khidmat tadbir," katanya.

TAMBAH MESIN HEMODIALISIS

IPOH 29 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya bilangan mesin hemodialisis di hospital kerajaan ditambah supaya penjawat awam termasuk orang ramai tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan kemudahan tersebut.Presidennya, Azih Muda berkata, difahamkan hospital swasta juga tidak lagi berupaya menampung keperluan itu, malah ada mengutamakan pesakit yang hanya mempunyai insurans dan kad kredit.
"Penjawat awam tidak mampu pergi ke hospital pakar swasta. Di hospital kerajaan pula, ada yang datang pukul 6.30 pagi tetapi dapat rawatan 8.30 malam dan 1.30 pagi baru selesai. Tempoh menunggu lama yang sangat menyeksakan. "Orang sudah banyak melapor. Kasihan saya melihat. Sampai ada lama menunggu, apabila tiba masanya untuk rawatan hemodialisis, jantungnya terhenti disebabkan terlalu stres," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani, di sini hari ini.Sehubungan itu, Azih berkata, CUEPACS sedang dalam program turun padang ke hospital-hospital kerajaan bagi melihat sendiri permasalahan tersebut.
Malah, katanya, pihaknya turut mendapat laporan bahawa pesakit ditempatkan di koridor serta kaki lima hospital kerana kekurangan tempat.Dalam perkembangan berkaitan, Azih berkata, CEUPACS mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu laluan khas bagi semua penjawat awam termasuk para pesara untuk mendapatkan perkhidmatan pesakit luar di hospital kerajaan.Menurut beliau, langkah itu dilihat wajar berikutan penjawat awam terpaksa kembali bertugas pada masa ditetapkan setelah mendapatkan rawatan di hospital.

GONG XI FA CHAI

 
Dari CUEPACS Negeri Perak

Selasa, 28 Januari 2014

MAJLIS TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA PERKHIDMATAN AWAM



                                                    ENCIK AZIH BIN MUDA
Dimaklumkan bahawa ANULAE MBI dan CUEPACS Negeri Perak akan mengadakan Majlis Taklimat Isu-isu Semasa Penambahbaikan Perkhidmatan Awam yang akan disampaikan oleh saudara Azih bin Muda, Presiden CUEPACS Malaysia pada :

            Pada :  29 januari 2014
            Masa :  2.00petang - 5.00 petang 
            Tempat :  Dewan Bandaraya Ipoh    
    

Dengan ini pihak CUEPACS Negeri Perak menjemput Penjawat-penjawat awam di dalam Negeri Perak untuk hadir bersama bagi  menjayakan majlis ini .

" 1 MALAYSIA "
"KEBAJIKAN DIUTAMAKAN, PRODUKTIVITI DITINGKATKAN "