Isnin, 31 Mei 2010

SEMINAR KEPIMPINAN ANJURAN CUEPACS BAHAGIAN PERAK 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa CUEPACS Bahagian Perak akan menganjurkan SEMINAR KEPIMPINAN CUEPACS Bahagian Perak pada tarikh seperti berikut:





Tarikh: 19 dan 20 JUN 2010 (sabtu dan ahad)

Tempat : Chalet Air Panas.Jalan Betong, Pengkalan Hulu Perak.



Pihak CUEPACS Bahagian Perak akan menanggung segala perbelanjaan seminar tersebut.Perbelanjaan perjalanan pergi dan balik adalah dibawah tanggungan kesatuan masing- masing. Sehubungan dengan itu , 2 orang dari setiap kesatuan gabungan adalah dijemput bagi menghadiri seminar tersebut. Borang untuk menyertai seminar ini telah diserahkan kepada setiausaha2 kesatuan gabungan. adalah diharapkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi dikembalikan sebelum atau pada 1Jun 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr T Kuna Cegeram (hp 012-4811953) atau Sdr Kulwan Singh (hp 012 5013042)

Selasa, 11 Mei 2010

KESATUAN SEKERJA CONTOH SEKTOR AWAM 2010




Gambar ini ehsan dari KSKM Melaka.

Anugerah Kesatuan Contoh Sektor Awam 2010 telah di menangi oleh :

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
( KSKM )











Rabu, 28 April 2010

SELAMAT HARI PEKERJA 2010





CUEPACS BAHAGIAN NEGERI PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2010 YANG AKAN DIADAKAN PADA 1 MEI 2010 DI KUALA TERENGGANU.DARIPADA SELURUH WARGA KERJA CUEPACS NEGERI PERAK.

Cuepacs Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kastam Negeri Kelantan kerana membantu menyediakan Bas Ganti semasa Bas Kastam Negeri Perak rosak dalam perjalanan pulang ke Ipoh di Bukit Bunga, Jeli , Kelantan. Jasamu dikenang.


"KEBAJIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG"






SUBRAMANIAM menyampaikan Anugerah Kesatuan Cemerlang kepada Sarawak Medical Service Union yang diwakili Cecilia Yong Mee Chai (kiri) Euqene Pang Kia Heng (dua dari kanan) sambil diperhatikan Omar (kanan) pada majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam anjuran Cuepacs di Stadium Negeri Kuala Terengganu, semalam.Kesatuan minta ubah Kumpulan Sokongan kepada Pelaksana

KUALA TERENGGANU: Cuepacs akan memastikan 1.3 juta kakitangan awam mengubah pendekatan dan cara bekerja bagi memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu pekerja di negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara.
Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sedang bergerak ke arah itu dengan sasaran melihat setiap kakitangan awam memahami tuntutan kerja yang bukan lagi berasas arahan tetapi perlu kreatif, berinovasi dan produktif.
"Kita menyokong saranan Perdana Menteri supaya pekerja lebih kreatif serta berinovasi yang boleh membawa kepada peningkatan mutu kerja dan ekonomi negara apabila produktiviti meningkat. "Seluruh kakitangan awam bergerak ke arah itu dengan membuat anjakan paradigma untuk menjadi pekerja berinovasi, kreatif dan produktif yang selaras harapan Najib," katanya selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010 anjuran Cuepacs, di sini semalam. Sambutan bertemakan Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr Alias Isma. Katanya, sejajar dengan hasrat pemimpin negara, Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menukar status kakitangan awam Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 kepada nama baru dikenali Kumpulan Pelaksana. Beliau berkata, nama Kumpulan Sokongan tidak sesuai lagi kerana apa saja arahan yang dikeluarkan pihak atasan akan dilaksanakan oleh kakitangan gred berkenaan. Semalam, Najib dalam amanat Hari Pekerja 2010 menggesa pekerja negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara. Katanya, dengan menginovasikan produk proses merangkumi semua sektor ekonomi, negara dan rakyat mampu meningkatkan kekayaan serta daya saing pada peringkat dunia serta mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Finland. Sementara itu, Cuepacs mendedahkan ada ketua jabatan sektor awam yang baru, mula memperlekehkan kesatuan itu serta pemimpinnya, termasuk menyifatkan Cuepacs seperti pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Presidennya, Omar Osman yang kecewa dengan sikap ketua jabatan berpandangan sedemikian, berkata mereka sepatutnya sedar kejayaan sesebuah jabatan amat bergantung kepada tugas kakitangannya dan perjuangan Cuepacs untuk menjadikan sektor awam berwibawa dan dihormati. Katanya, apa saja yang diperjuangkan Cuepacs seperti tuntutan kenaikan gaji, kemudahan perubatan dan elaun juga adalah untuk kakitangan awam, bukan berbentuk menekan kerajaan. "Kita tahu (siapa mereka) dan apabila kita nak bincang isu berbangkit, mereka hanya hantar wakil... buang masa saja. Malah, ada ketua jabatan menyifatkan perjuangan Cuepacs adalah haram seperti badan tidak berdaftar. Kita sedang siasat dan jika benar akan mengambil tindakan sewajarnya.






Rabu, 21 April 2010

SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2010 DI KUALA TERENGGANU

CUEPACS Bahagian Negeri Perak akan mengadakan satu lawatan sambil belajar sempena dengan sambutan hari pekerja yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 29 April -1 Mei 2010. Sebanyak 2 buah bas disediakan bagi program ini. Dijangkakan seramai 80 peserta yang terdiri dari ahli -ahli kesatuan gabungan cuepacs akan menyertai program tersebut.Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak rm 5o bagi mengikuti lawatan ini. bayaran ini adalah meliputi tambang perjalanan dan juga penginapan.Disamping itu, para peserta juga akan diberikan sehelai t-shirt berlogo cuepacs secara percuma. Beberapa program juga telah disusun sempena dengan lawatan ini antaranya lawatan ke tamadun islam,program sukan di stadium Gong Badak dan juga jamuan makan malam bersama kerajaan negeri terengganu. berikut adalah atur cara program:

Aturcara program
29/4/2010( Khamis)
9.00 malam- Berkumpul di Pejabat Kastam Negeri Perak
9.30 malam- Bertolak ke Kuala Terengganu dengan bacaan doa

30/4/2010 (Jumaat)
6.30 pagi - Sarapan Pagi
9.00 pagi - Check In Homestay
10.30 pagi - Lawatan Sambilbelajar ke Tamadun Islam dan
pasar payang.
12.30 tgh - Makan tengahari dan sembahyang jumaat
2.00 ptg - Bertolak ke Stadium Gong Badak
6.30 ptg - balik ke homestay
7.30 malam- Bertolak ke jamuan makan malam(pakaian Batik)

1/5/2010 (Sabtu)
7.00 pagi - Check out homestay
- Sarapan Pagi
- Bertolak ke Stadium Negeri untuk Sambutan Hari Pekerja
1.00 tgh - Bertolak pulang

Rabu, 3 Mac 2010

KEKOSONGAN BESAR JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM PADA BULAN JULAI 2010



KEKOSONGAN BESAR JAWATAN JULAI

Utusan Malaysia
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my
2/3/2010

PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan kekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaan menjelang Julai ini.
Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlaku ekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini.
“Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkan mengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar.
“Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi mengenai kekosongan yang akan berlaku nanti,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersi kepada pasukan SPA FC yang layak menyertai Liga FAM 2010 di Ibu Pejabat SPA di sini hari ini.
Dasar melanjutkan usia persaraan daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2008.
Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnya bersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julai hingga Disember ini.
Menurut Lamien, pada masa ini SPA sedang mengumpulkan maklumat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mengenai kekosongan jawatan baru.
Katanya, suruhanjaya tersebut menganggarkan jumlah jawatan baru yang perlu diisi adalah kira-kira 50,000 sebagaimana dilakukan pada 2008 dan tahun lalu.
Dalam pada itu, katanya, jawatan kritikal dalam bidang perubatan seperti doktor yang diperlukan sebanyak 5,000 setiap tahun masih terus berlaku kekosongan.
Sementara itu, Lamien turut menyangkal kebimbangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa golongan wanita dikatakan menguasai sektor awam
Katanya, SPA yang bertanggungjawab melaksanakan pengambilan kakitangan baru membabitkan 250 skim perjawatan tidak melihat kepada aspek gender.
Contohnya, kata beliau, pengambilan terbaru jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menyaksikan daripada 490 orang yang dilantik, 250 adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
“Kita ikut merit, kalau bagus dan melepasi syarat kita akan ambil tanpa mengira jantina selain tiada kuota tertentu dalam membuat pengambilan kakitangan baru.
“Cuma, dalam keadaan tertentu melibatkan bidang tugas seperti jawatan pegawai penjara wanita, tentu kita akan ambil wanita tetapi kita tidak amalkan dasar diskriminasi terhadap wanita,” katanya.