CUEPACS Bahagian Perak mengucapkan tahiah atas kemenangan Sdr Zainal b Ismail ( Zainal Ayor) sebagai Timbalan Presiden Cuepacs II, beliau juga merupakan Naib Pengerusi CUEPACS Bahagian Perak.Khamis, 23 Disember 2010
SDR ZAINAL ISMAIL@ZAINAL AYOR MENANG TIM PRESIDEN CUEPACS II..TAHNIAH
CUEPACS Bahagian Perak mengucapkan tahiah atas kemenangan Sdr Zainal b Ismail ( Zainal Ayor) sebagai Timbalan Presiden Cuepacs II, beliau juga merupakan Naib Pengerusi CUEPACS Bahagian Perak.HJ OMAR KEKAL PRESIDEN CUEPACS
Malah, keputusan tidak rasmi yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, calon barisannya juga sapu bersih pemilihan kali ini kecuali jawatan setiausaha kewangan dan timbalan setiausaha kewangan masing-masing merupakan calon barisan saingan kumpulan Omar.
Tiga tahun lalu Omar menang jawatan presiden tanpa cabaran.
The Malaysian Insider difahamkan Omar memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar, yang pernah cuba tiga kali, mendapat 153 undi.
Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin gagal mengejut dalam usahanya mempertahankan jawatan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng memperoleh 468 undi untuk mengambil alih jawatan itu.
Seorang lagi pencabar, Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung, mendapat 278 undi manakala Ahmad Shah menerima 263 undi.
Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.
Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.
Ini kali kedua wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs.
Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.
Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.
Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.
Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.
Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.
Persidangan Tritahunan Cuepacs dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan hari ini — pada hari terakhir persidangan.
PERWAKILAN TENTUKAN SIAPA PRESIDEN CUEPACS YANG BARU
Haji Omar Osman selaku Presiden, akan mempertahankan jawatan bagi penggal kedua sejak 2007 dalam pertandingan satu lawan satu dengan Presiden kakitangan MARDI Ramli Omar. Keputusan akan diumumkan hari ini.
Turut dipertandingkan 2 jawatan Timbalan Presiden membabitkan lima calon, satu jawatan Setiausaha Agung 3 calon,tiga jawatan Timbalan Setiausaha Agung 4 calon.
Hj Omar berkata,antara lain persidangan kali ini dijangka membincangkan pelarasan gaji kakitangan awam untuk tahun 2011.
Rabu, 22 Disember 2010
TUBUH MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN UNTUK GURU
Cuepacs membawa syor itu sekitar 2002 tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan telah menolaknya.
Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu perwakilannya bahawa Najib menjanjikan penubuhan badan khas itu selepas merasmikan persidangan tritahunan badan induk kesatuan sektor tersebut semalam.
“Semasa sesi minum (selepas perasmian persidangan) Datuk Seri Najib ada memberitahu bahawa satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan.
“Perdana Menteri berkata beliau akan meminta JPA melihat perkara ini,” kata beliau ketika sesi perbahasan penyata tritahunan di sini.
Omar berkata Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.
Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan, bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam.
Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara kata Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudian.
“Jika ada satu badan khas untuk membincangkan isu gred perkhidmatan dan saraan guru, ia satu perkara yang baik,” katanya.
Cuepacs mengadakan persidangan tiga tahun sekali selama tiga hari bermula semalam.
Persidangan hari ini tertumpu pada aspek pemilihan pucuk kepimpinan.
Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin ketika ditemui berkata kemungkinan badan itu mirip Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membincangkan soal-soal berkaitan dengan skim perkhidmatan.
“Sebelum Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan (pada 1991), ada MBK khas untuk perkhidmatan guru, tetapi dimansuhkan selepas SSB dilaksanakan,” kata beliau.
“Saya fikir kerajaan akan wujudkan majlis macam itu... satu MBK khusus untuk guru,” kata beliau.
“Menurut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan timbang satu majlis perundingan seperti MBK, yang dikhususkan kepada perkhidmatan perguruan kerana guru mempunyai lebih banyak masalah,” kata beliau.
Sebelum SSB diperkenalkan lima MBK berfungsi sebagai saluran perbincangan dengan kerajaan iaitu masing-masing bagi perkhidmatan am, rendah, pelajaran, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Ekoran pelaksanaan SSB, kelima-lima MBK itu disusun semula mengikuti kategori kumpulan pengurusan dan profesional, am sokongan dan sains dan teknologi.
“Kami anggap ini perkembangan positif,” kata Ahmad Shah yang juga setiausaha MBK Kumpulan Sains dan Teknologi.
Hashim juga bersetuju bahawa perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud.
“Sebenarnya kita ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya kami memerlukan satu badan khas, kami memerlukan satu mekanisme khusus,” kata beliau tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana majlis yang dimaksudkan akan berfungsi.
“Kami pun baru dengar, jadi kami tidak pasti mekanisme badan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
NUTP juga merupakan salah satu kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs.
Ia mempunyai 250 perwakilan dalam MBK dan 50 perwakilan dalam persidangan tritahunan Cuepacs.