Pengerusi Cuepacs Negeri Perak En. Abdul Jalil menyampaikan cenderahati buat Dato' Hamidah sebagai kenang-kenangan dari Cuepacs Negeri Perak.
Dato' Hamidah menyerahkan sejambak bunga buat Pengerusi Cuepacs En. Abd. Jalil ketika beliau menyanyi sebuah lagu.
Di antara tetamu yang hadir
Ucapan Perasmian oleh Dato' Hamidah Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak.
Menjamu selera di Meja VVIP bersama Dato Hamidah.
Satu Majlis Mesra Aidil Fitri dan Deepavali 2009 telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Ia dirasmikan oleh Pengerusi, Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal wanita Kerajaan Negeri Perak Dato' Hamidah Bt. Osman.
Majlis ini juga di hadiri oleh ahli Kongres Cuepacs Malaysia dan ahli gabungan Cuepacs Negeri Perak seramai 300 orang.
Bertepatan dengan 1 Malaysia, majlis ini di hadiri dari semua peringkat kaum.
Selain dari Jamuan makan malam, diadakan juga nyanyian karaoke dan cabutan bertuah yang berjumlah 60 buah hadiah bertuah.
Tahniah buat Biro Wanita Cuepacs Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan Majlis yang penuh dengan kemesraan 1 Malaysia.
Majlis ini Tamat pada jam 11.30 malam.
wow sempat lagi ye menari2 tu...
BalasPadamelok lah gitu. Ini menunjukkan PA kita sangat berkebolehan khasnya dari segi acara kebudayaan dan kesantaian. Sepatutnya cuepacs perlu bertegas dengan pak menteri supaya PA sekarang diberi penekanan yang menyeluruh dan bersungguh2 dalam mengadakan dan menyemarakkan aktiviti tari menari, joget, nyanyian dan mungkin pidato (kerana ramai yang berkebolehan untuk bercakap sahaja).
Dalam majlis seumpama ni yang turut disematkan dengan juadah makanan, PA kita tampak cekap, hebat dan berwibawa. Sepatutnya ini perlu ditonjolkan lagi dengan lebih padu dan kerap. Mungkin budaya unggul baru seperti senamrobik dan poco2 kesihatan (tapi makan minum tak ingat waktu) perlu diterapkan demi meningkatkan keupayaan dan aspirasi PA yang rata-rata pejuang dan pencipta seni budaya.
Memang warisan zaman patut dikekalkan walaupun ada perkara yang lebih penting dan tidak patut dipandang enteng. Perjuangan memartabatkan seni dan budaya wajar diutamakan dari yang lain. Sesungguhnya budaya santai dan seni halus perlu didalami lagi supaya walaupun negara diperintah orang, keutuhan seni warisan lampau tetap terpelihara dan disanjung kalangan PA yang bangsawan.
Perjuangan ini tampak gah dan hebat apatah lagi dengan pelbagai pesta2 keramaian seperti jom heboh dihurungi oleh PA walaupun kos agak tinggi untuk mengunjunginya. Namun kesantaian adalah keutamaan yang tak berbelah bagi. Dengan makalah hiburan yang menonjolkan khabar terkini artis tanahair dan diperkuatkan dengan novel cinta dan kasih, kesenian dan kesantaian PA bakal terserlah lagi.
Justeru, cuepacs kini sudah terlihat hala tuju yang seharusnya diperjuangkan selain menuntut tuntutan bonus, gaji naik dan kemudahan lain yang amat layak dengan budaya dan kesenian yang santai dan halus di kalangan PA ini.