Jumaat, 11 Disember 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 10 KSKM SESI 2009-2011

Ucap Utama Presiden Cuepacs Tn. Hj. Omar Bin Osman



Perwakilan KSKM Negeri Perak bergambar bersama Presiden Cuepacs dan Exco KSKM Pusat.

Ini adalah sebahagian gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Persidangan Agung Dwi Tahunan KSKM yang diadakan di Hotel Langkasuka, Langkawi dari 10 hingga 12 Disember 2009 yang telah di rasmikan oleh Presiden Cuepacs Malaysia iaitu Tuan Hj. Omar Bin Osman pada pagi tadi. Presiden Cuepacs Malaysia telah memberi Ucap Utama semasa perasmian tersebut yang memakan masa hampir 2 jam.Ucapan beliau telah membangkitkan semangat para perwakilan dan pemerhati yang hadir.Beliau juga telah mengambil perhatian tentang permasalahan yang telah dikemukakan oleh kesatuan sekerja kakitangan makmal.Syabas dan terima kasih atas ucap utama dr Presiden Cuepacs.


Isnin, 23 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 H


Barisan AJK Cuepacs Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Penjawat Awam di seluruh Malaysia.

Kepada Penjawat Awam yang dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini, Cuepacs Perak mengucapkan selamat menjalani ibadah Haji semoga mendapat Haji Mabrul dan selamat pergi dan selamat kembali.

Kepada yang melakukan ibadah Qurban, selamat berqurban semoga mendapat Rahmah dengan ibadat yang kita lakukan itu.

Jumaat, 13 November 2009

CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS






CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS

Bernama
13/11/2009





KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA

Khamis, 12 November 2009

MAJLIS MESRA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI CUEPACS NEGERI PERAK 2009

Pengerusi Cuepacs Negeri Perak En. Abdul Jalil menyampaikan cenderahati buat Dato' Hamidah sebagai kenang-kenangan dari Cuepacs Negeri Perak.

Dato' Hamidah menyerahkan sejambak bunga buat Pengerusi Cuepacs En. Abd. Jalil ketika beliau menyanyi sebuah lagu.

Di antara tetamu yang hadir
Ucapan Perasmian oleh Dato' Hamidah Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak.

Menjamu selera di Meja VVIP bersama Dato Hamidah.


Satu Majlis Mesra Aidil Fitri dan Deepavali 2009 telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Ia dirasmikan oleh Pengerusi, Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal wanita Kerajaan Negeri Perak Dato' Hamidah Bt. Osman.

Majlis ini juga di hadiri oleh ahli Kongres Cuepacs Malaysia dan ahli gabungan Cuepacs Negeri Perak seramai 300 orang.

Bertepatan dengan 1 Malaysia, majlis ini di hadiri dari semua peringkat kaum.

Selain dari Jamuan makan malam, diadakan juga nyanyian karaoke dan cabutan bertuah yang berjumlah 60 buah hadiah bertuah.

Tahniah buat Biro Wanita Cuepacs Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan Majlis yang penuh dengan kemesraan 1 Malaysia.

Majlis ini Tamat pada jam 11.30 malam.

Jumaat, 6 November 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA CUEPACS PERAK BERSEMPENA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI 2009




Cuepacs Negeri Perak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Cuepacs Perak bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali 2009.
Program ini dikelolakan oleh Bahagian Wanita Cuepacs Perak.

TARIKH : 11.11.2009

HARI : RABU

JAM : 8.00 Malam

TEMPAT : DEWAN BANDARAYA IPOH ( Di hadapan Stesen Keretapi Ipoh )

PAKAIAN : Baju Cuepacs dan Baju Batik

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Cuepacs Negeri Perak menjemput semua ahli Gabungan Cuepacs Perak hadir dengan menghantar sekurang-kurangnya 20 orang wakil ke Majlis tersebut.


Tiada bayaran dikenakan.

Aktiviti :

Jamuan Makan

Cabutan Bertuah

Majlis Ramah Mesra dengan exco Kerajaan Negeri Perak, Exco Cuepacs
Kebangsaan dan Ahli Gabungan Cuepacs.