Rabu, 29 Julai 2009

BONUS KAKITANGAN AWAM 2009

Presiden Cuepacs Malaysia

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam, menerusi pengumuman Bajet 2010, Oktober depan. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata perbincangan mengenai bonus hanya akan diadakan pada mesyuarat tertinggi kongres itu minggu depan sebelum dikemukakan kepada kerajaan. "Pemberian bonus ini dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Khamis lalu. Kita setuju sekiranya pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) tidak dapat dinaikkan dalam keadaan ekonomi ketika ini, namun diharap musim perayaan nanti, kira-kira 1.2 juta penjawat awam negara ini dapat menikmati ‘duit raya’," katanya.
Omar berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat agung dwi tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya menerima banyak panggilan telefon dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penjawat awam yang ingin mendapatkan perkembangan mengenai pemberian bonus selain, perkara lain yang dibangkitkan Cuepacs. Mengenai kadar pemberian bonus, beliau berkata, ia terserah kepada kerajaan kerana Cuepacs memahami keadaan kerajaan yang berdepan dengan situasi ekonomi tidak menentu.
Ketika ini, bonus penjawat awam diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya dan pada waktu baik penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya menyambut baik enam teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, terutama usaha memperkasa prasarana luar bandar. Beliau berkata, Cuepacs mendapati banyak kemudahan awam seluruh daerah seperti jalan raya dan pondok polis perlu dibaik pulih serta ditingkatkan supaya matlamat menjadikan negara maju dapat dicapai. Katanya, satu pertemuan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diadakan kelmarin bagi menghindar salah guna kuasa dan rasuah di kalangan penjawat awam.

13 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Sememangnyalah semua Kakitangan Awam di seluruh Malaysia mengharapkan Kerajaan memberi bonus tahun ini bagi enampung keperluan Hari Raya dan keperluan persekolahan anak-anak di hujung tahun.

    BalasPadam
  3. Harap2 adala bonus tahunni.Teman percaya kerajaan prihatin tentang isu ini.

    BalasPadam
  4. harap dapat laa bonus tahun nie erkkk kesian laaa staf kerajaan yang bergaji rendah nie

    BalasPadam
  5. bonus..........dapat ke x ni tahun ni......

    BalasPadam
  6. harap dapat bonus thn ni....hrp kerajaan prihatin tentang hal ni..

    BalasPadam
  7. harap kerajaan bagi bonus bagi meringankan beban kakitangan kerajaan untuk menyambut ketibaan bulan syawal dan keperluan anak2 sekolah

    BalasPadam
  8. hidup bonus! kerajaan memang prihatiiiiiiiiiiiiin. takbir!

    BalasPadam
  9. harap la kerajaan bagi bonus raya... tapi kalau takde... bersiap sedialah untuk pilihanraya akan datang.... mungkin semakin banyak negeri akan jatuh ke tangan pembangkang..kakitangan awam sekarang ni semakin hilang kepercayaan ngan kerajaan... segala tuntutan yang di minta dari tahun 2009 tidak dilayan oleh kerajaan...

    BalasPadam
  10. bonus apa..kumpulan sokongan je dapat ...

    BalasPadam
  11. penjawat awam yang berasal dari sabah dan sarawak x dapat elaun kola...mana adil,semua pun perlu belanja rumah..sewa rumah semuanya sama..

    BalasPadam
  12. di mana janji kerajaan menaikkan elaun perumahan kakitangan kesihatan? kos hidup semakin meningkat..da lah risiko penyakit berjangkit tinggi..di mana nak cari sewa rumah serendah rm180 aje?

    BalasPadam
  13. kan ada bayaran esentif wilayah...cukuplah tu. bersyukurlah..

    BalasPadam