"Penjawat awam tidak mampu pergi ke hospital pakar swasta. Di
hospital kerajaan pula, ada yang datang pukul 6.30 pagi tetapi dapat
rawatan 8.30 malam dan 1.30 pagi baru selesai. Tempoh menunggu lama yang
sangat menyeksakan. "Orang sudah banyak melapor. Kasihan saya melihat. Sampai ada lama
menunggu, apabila tiba masanya untuk rawatan hemodialisis, jantungnya
terhenti disebabkan terlalu stres," katanya dalam sidang akhbar selepas
mengadakan pertemuan bersama Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam
Perkhidmatan Kerani, di sini hari ini.Sehubungan itu, Azih berkata, CUEPACS sedang dalam program turun
padang ke hospital-hospital kerajaan bagi melihat sendiri permasalahan
tersebut.
Malah, katanya, pihaknya turut mendapat laporan bahawa pesakit
ditempatkan di koridor serta kaki lima hospital kerana kekurangan
tempat.Dalam perkembangan berkaitan, Azih berkata, CEUPACS mencadangkan
supaya kerajaan mewujudkan satu laluan khas bagi semua penjawat awam
termasuk para pesara untuk mendapatkan perkhidmatan pesakit luar di
hospital kerajaan.Menurut beliau, langkah itu dilihat wajar berikutan penjawat awam
terpaksa kembali bertugas pada masa ditetapkan setelah mendapatkan
rawatan di hospital.


