Isnin, 3 Januari 2011

MAKLUM BALAS KAJIAN GANTI PTK

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang 'soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK' dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan