Saudara pengarang,
SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.
Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.
Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.
Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.
Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.
Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.
Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.
Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.
Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.
Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.
Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.
Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.
Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.
Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.
Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?
Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.
Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.
Terima kasih
PEMBANTU MAKMAL
MASALAH PATUT DIBERI PERHATIAN SEWAJARNYA OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KAMI PEMBANTU MAKMAL....SAMPAI BILA KAMI AKAN DITINDAS OLEH PIHAK TERTENTU. SEDANGKAN KITA SEMUA BEKERJA DALAM JABATAN YANG SAMA .MACAM NI KAH KITA NAK BERJAYA DALAM WAWASAN 2020.
BalasPadamUntuk makluman semua P/Makmal. Prestasi anda semua dinilai oleh Ketua Bidang sebagai Penilai Pertama dan Pengetua sebagai penilai kedua. Sila Rujuk Surat berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak JPN berkaitan Penilaian Prestasi. Kalau prestasi anda rendah, maka itulah nilaian oleh Ketua Bidang anda terhadap kitaran tugas anda semua. Jangan Salahkan orang lain jika sememangnya prestasi anda rendah. Cuba nilai kerja anda terutama waktu cuti sekolah. T/Kasih.
BalasPadamsaudara tanpa nama..
PadamYe ke. Ketua bidang ke yang buat. setahu ku, ketua bidang cuma nama je. tak de kuasa langsung hal-hal pembantu makmal. Masa dulu tak tahu hal-hal pengurusan. aku ikut je lah kata-kata ketua bidang. dah lama2 ku keja, baru ku tahu ketua bidang boneka je. mana de dia nak kuasa hal-hal pengurusan. dia cuma urus hal-hal akedemik je. tak de kaitan langsung.
Saudara ni isi borang mana ek. setahu aku PK1 penilai pertama. Pengetua penilai utama. KPT lagi berkuasa dari ketua bidang.
Kenapa tak banding kerja PT, PPM, Juruteknik masa cuti sekolah. saudara kerja apa ye.. PT ke cikgu. kalau PT senang je saudara. banyak surat ke fail untuk kabur mata pengetua. cikgu... tak de kaitan langsung dgn pentadbiran pembantu makmal. tugas dia orang cuma mengajar. tak beri kemajuan dgn prestasi pembantu makmal. PPM, juruteknik semua nya pandai main peranan. tapi susah nya pembantu makmal sebab dia orang kerja ikut masa sekolah. kalau tak de sekolah tak de eksperimen. tak kan nak prepare eksperimen tak de orang. gila ke ape
Salam tuan/puan, saya bangga sangat kerana ada pihak yang sanggup berkorban untuk kepentingan org lain seperti Cuepacs. Saya Pem. Pengurusan Murid N17, minta jasa baik tuan/puan untuk tolong bela nasib kami terutamanya bagi PPM prasekolah. Bidang tugas kami pelik. Kami kena sapu & mop lantai, lap tingkap, lap kipas, basuh pinggan mangkuk, cuci jamban, cuci longkang, lap muntah, lap kencing@berak yang terlepas di lantai, bersihkan taman mainan macam pekerja pembersihan. Kami kena sediakan sarapan pagi dan buat air panas di awal pagi dan masak makanan pada waktu yg hampir tghari utk 25 org kanak-kanak, cuci pinggan mangkuk & periuk, kuali macam tukang masak. Kami kena bantu guru mengajar & kadang2 terpaksa mengajar bila tiada guru relief masuk utk gantikan cikgu pra yg tiada, sediakan bahan mengajar, buat buku rekod tugasan harian macam cikgu. Kami kena jaga kanak-kanak, asuh cibuk punggung, mandi, pakai seluar, kemaskan diri kanak2 macam pengasuh. Kami kena buka fail, masukkan surat terima, cari surat dari fail, sediakan fail, macam Pem. Am Rendah. Kami kena buat surat, buat kewangan prasekolah terutamanya belanjawan LPBT dan Makan Murid Prasekolah, pesanan sekolah, Inventori, harta modal, KEW PS, Buku stok macam Pem. Tadbir( tak kisahlah sbb kami pun N17 mcm PT gak). Ceriakan kelas, lukis mural, gantung bahan P&P macam interior designer. Semua kami buat seorang diri cuma sekali sekala dibantu oleh guru pra kalau lah hari tu dia rajin. Kenapa jawatan lain ade pembantu macam Pem Am Rendah untuk bantu PT. Pem. Makmal Rendah untuk bantu Pembantu makmal. Balik ke rumah rutin yang sama terpaksa kami buat lagi untuk keluarga, mengemas, mencuci, memasak, mengemop, menyapu. Kalau dapat dikaji balik tugas kami ni.. yang pelik lagi ajaib. Kemanakah sebenarnya masa depan kami? sebagai pentadbirkah? sebagai gurukah? tukang cucikah? pengasuhkah?tukang masakkah? Bagi jawatan Pem. Pengurusan Murid N22 masih ini jugak kah tugasnya? kami terpaksa kerah tulang 4 kerat setiap hari & kerah akal fikiran utk buat itu&ini dalam suatu masa.jasa baik tuan/puan amat kami hargai. terima kasih.
BalasPadamkerani sekolah mmg byk lemaknya...terutama kaki bodek guru besar....guru2 terbeban dgn tugas2 kerani....dh la keje lambat dan tak boleh ditegur....pastu keje bg org lain...kalau dh lembab ngaku saja...jgn nyusahkan org lain...ramai lagi kat luar tu nak keje....
BalasPadamKenape ppm pendidikan khas sahaja dpt elaun? Kenape x beri sekali ppm prasekolah sedangkan bidang tugas ppm pendidikan khas gan prasekolah sama cuma yg beza masak sahaja..lg 1 ppm prasekolah cukup 3 thn kena ambik taipot,kenape x leh klim sedangkan kami ambil untuk melaksanakan tugas? Begitu gak klim top up ..kami yg akan cl atau sms pembekal untuk menghantar bahan mentah dan kering ke sekolah..blh x pihak yg bertanggungjwb keluarkan 1 surat menyatakan kami blh klim demi melaksanakan tugas kami atau kaji balik bidang tugas kami sebagai ppm.....
BalasPadamSetuju sangat...............kita sama je...
BalasPadampengetua selalu manjakan pem tabir..akibat nya...kan kita dah ada tugasan masing2.............................
BalasPadamselain pengetua semuanya kakibodek....hati2 dan fikir2 lah boss.....
BalasPadamSalam..seronok baca cerita org yang tak tahu bersyukur dengan apa yang ada ni. Wahai tuan-tuan dan puan2 semua yang telah mendapat kerja dengan jawatan yang diminta, buatlah kerja dengan hati yang ikhlas, setidak2nya Allah maha mengetahui apa yang anda buat. Kalau anda tidak dibela dan diberi habuan oleh bos2 kita dengan APC, Allah akan balas kepada kita dengan kesihatan dan ketenangan hati supaya kita dapat bersyukur dan menjalankan tanggunjawab kita sebagai seorang pekerja dan seorang islam. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi untuk mengisi jawatan dengan kerajaan, tapi tidak dapat.
BalasPadamAllah akan menambah nikmat dan keampuanan kepada mereka yang sabar dan bersyukur.
Saya doakan supaya anda semua diberikan hidayah dan kekuatan untuk melakukan kerja dengan tekun dan mendapatkan keredaan dari Allah supaya rezeki yang kita dapat setiap bulan dapat kita gunakan untuk dibelanjakan untuk anak2 kita. Amin.
Dari : Raqib dan Atib.
RAQIB DAN ATIB....
BalasPadamSEDAP SANGAT KO CAKAP YEEE...CUBA KO DUDUK TEMPAT KAMI...3 BULAN CUKUP LAAA BARU KO TAU APA YANG KAMI RASA....