Jumaat, 7 Januari 2011

NUTP CADANG SISTEM GAJI BARU PENJAWAT AWAM

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di sini, hari ini.

Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.


Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu. - BERNAMA

8 ulasan:

  1. SELAMAT PAGI...
    untuk makluman pihak tuan/puan , kami adalah ahli NUTP dan warga pendidik di Daerah Hilir Perak amat terkilan dengan perlaksanaan pertukaran guru-guru yang telah berkhidmat 10 tahun ke atas..Perlaksanaan ini amat menyusahkan guru-guru kerana ianya dibuat pertengahan tahun 2011 ( bulan 7)kerana melibatkan pertukaran anak-anak kami yang bersekolah bersama...dimana lagi nak diadukan..tolonglah kami sebagai warga pendidik..pertukaran ini melibatkan kos serta keselesaan kami dalam proses pengajaran dan pembelajaran...

    BalasPadam
  2. SALAM SEJAHTERA..
    untuk makluman kepada pihak CUEPACS..Saya sebagai ahli NUTP berasa bangga dengan peranan yang dimainkan oleh NUTP mengenai Skim gaji baru di bawah SBPA. namun terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak yang berkenaan mengernai nasib guru-guru lama yang gagal dalam PTK yang menyebabkan gaji mereka ada yang lebih rendah daripada guru baru yang telah lulus PTK. Sebagai contoh, Guru DG32 yang berkhidmat di bawah 20 tahun, gaji mereka telah mengatasi gaji guru yang mengajar 20 tahun ke atas disebabkan lulus PTK. CUEPACS harus membuat kajian mengenai tangga gaji mereka yang malang ini kerana kiraan gaji seharusnya dinilai daripada senioriti perkhidmatan bukannya berdasarkan kepada lulus peperiksaan awam. Amat malang kepada mereka ini dan amat bertuah kepada mereka yang lulus PTK dan mendapat gaji baru pula dalam SBPM selepas itu PTK dimansuhkan pula. Apakah nasib mereka yang sudah lama berkhidmat yang gagal PTK ini melihat dan mendengar kerseronokan "adik-adik" mereka menerima gaji yang lebih tinggi daripada mereka yang dah "tua' dalam perkhidmatan.Seharusnya sesiapa yang tiba awal untuk mendapat perkhidmatan di mana-mana pun beratur dihadapan bukannya yang datang lewat potong Q.

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera,
    Saya ahli NUTP sudah hampir 20 thn. Tlh berkhidmat selama 23 thn. Lulus PTK skrg menunggu ke gred lbh tinggi dan jg lulusan PJJ yg skrg pengambilannya dibekukan oleh kerajaan. Saya brtrimakasih pd NUTP ats perjuangan memartabatkan profesionalisme keguruan.

    Hr ini 23/2/2012 CUEPACS melaporkan dlm BH ttg permohonan cdgn kenaikan gaji kump. 27-40 RM1500 dan 41-48 RM1800.
    Tujuan sy bkn ttg gaji-tlh byk diulas dan ditulis tp ke mana halatuju dan matlamat guru biasa yg tlh lama brkhidmat dan berpengalaman dlm pndidikan spt sy? Prnh jd jurulatih utama, pemeriksa kertas, guru kanan m/pljrn dan slps sekian lama hnya skdr guru biasa. Bkn tujuan menuntut ttp dperhatikan yg "junior" lbh cpt ke atas. Ada yg seawal 30an sdh menyandang jwtn selaku PK. Menikmati keistimewaan sdgkn yg senior msh terperap dgn ABM,Ko kurikulum dsbnya. Yg "junior" sdh mula mengarah yg "senior" tnpa segan silu. Semuanya ini kerana sistem lantikan yg tidak betul. Cthnya spls lulus PTK pd 2008, akhir thn lps PTK dimansuhkn. Apa nilainya PTK, kursus kewargenegaraan suma? Letih betui. Sumanya msk tong sampah. Skrg nak naik gred pun kena 8 thn. Senang la cgu junior-ngam2 lompat. Cgu senior yg berbaki puluh thn ni mana nak dicampakkn perkhidmatannya? Suka sy mengesyorkn penilaian APC bkn oleh pentadbir sekolah. Selang 2 thn org yg sama sj. Nilaian tidak telus. Bias. Sebaiknya penilai adalah rakan sejawatan. Instrumen blh disediakan. Ada kelas..
    Sekian. Trimakasih.

    BalasPadam
  4. Saya sngt stju dgn Tuan. Kta old timer sudah macam kayu rput. Lntikan 1998, 2002-2004 sdah dpt naik k atas DG44/DG48. Kta sdah brkhmat 33 tahun pun sdah bwah gru 'JUNIOR'. Plik juga! Kankah guru muda ni masa utk naik k atas!!!!!OK tngu pncen tingal 5 thun lg. Sstem pljran kta mmang BERCELARU!

    BalasPadam
  5. Setuju sgt. Guru-guru lama yg lebih berpengalaman, lebih bijak, lebih hebat di dlm pengurusan disiplin serta kawalan pelajar, aktiviti koko (sukan, badan beruniform, persatuan / kelab), pengurusan kelas, surat-menyurat, kertas kerja dn 1001 mcm kerja lain dr guru2 baru boleh diletakkan dlm gred yg sama. Pelik punya idea. Sepatutnya cgu2 lama (khususnya yg berkhidmat lebih 15 thn dn berserta ijazah) berada sekurang-kurangnya satu gred di atas guru-guru baru. Lebih malang lg ada guru2 baru yg dilantik dg44 tulis surat dn kertas kerja mcm bdk tadika.

    BalasPadam
  6. betul apa yang tuan-tuan kata tu. pelik tapi benar. dari segi lantikan lebih awal pada status yang sama menjadi lebih junior pada hari ini memang berlaku. ada yang dilantik dg44 pada tarikh sama menjadi lebih junior apabila dilantik dg48. kpm macam-macam YG PELIK BERLAKU. bila maklum ketempangan ini, kpm tidak respon lansung. ada benda yg tak kena.

    BalasPadam
  7. Setujuuu sgt apa yg diperkata tuan2 di atas..tp dah masuk jun 2013..TIDAK siapa jaga kebajikan kita..Cg Graduate 1987/1988(fresh).dapat DG48 sama dengan cg Graduate 1996/1997..(BEZA DEKAT 10 TAHUN..)..kami DG41 selama 16 Tahun baru dpt DG44..tahun 2004..tengok2..org baru 7 tahun jer..kumpulan Vateran ni..ada dilantik jd PK..time bass 8 tahun..tahun 2012 dapat DG48(ada Okt 2011)..tengok2..cg Muda sek gred B..baru 2 Tahun DG44/ 6 Tahun DG 41..alih2 tahun yg sama 2012 terus dapat DG48.(dari bulan jan lagi..)sepatutnya Pandang2lah kami..kalau bekas guru 5+3 apa salahnya yg FRESH tahun 87/88 juga guna 6+2..Renung2lah kalau dah janji nk jaga kebajikan GURU...

    BalasPadam
  8. Pada tahun 2008....kami guru-guru diminta manandatangani satu surat tentang Cuti yang kekal @ mengikut jadual ..masa tu kami sebagai guru tidaklah memikirkan sangat kerana ada 7 hari CRK....tapi sekarang setelah dilantik ke jawatan pengetua @ PPPD maka mengikut masa pejabat.Tapi malangnya nasib kami...sepatutnya cuti yang boleh dapat 35 hari kerana lantikan sebelum 2005 telah dipendekkan kepada 25 hari....sedangkan ketika kami menandatangani borang kami masih guru dan tidak mengetahui langsung pekeliling mengenai cuti yang akan ditarik balik sekiranya memilih berjadual....Renungkanlah sudah servis 24 tahun tapi cuti sama macam orang baru berkhidmat 10 tahun....terasa dianiaya...mana nak tahu akan bertugas di pejabat.......sepatutnya orang lama tidak diperlukan tandatangan borang....dan ceritalah betul2....sengaja suruh tandatangan kerana pihak atasan yang menggubal dasar tu memang dengki...khianat....dan tak puas hati dengan orang lain....bila dah buat dasar berbangga ... sebab dah buat satu pembaharuan tapi....benar2 menyusahkan orang lain.....harap CUEPAC kaji2lah penindasan yang telah dibuat oleh pegawai atasan yang tak senang melihat orang senang.......

    BalasPadam